Terma Penggunaan Cukai AI
Bukan app rasmi. Cukai AI ialah app bebas dan tidak berkaitan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau mana-mana agensi kerajaan. Maklumat rasmi ada di hasil.gov.my dan borang dihantar melalui portal MyTax.
Anggaran sahaja. Semua kiraan cukai, refund, baki cukai dan had claim dalam app ialah anggaran berdasarkan maklumat yang anda masukkan dan senarai pelepasan rasmi yang kami semak. Ia bukan nasihat cukai. Anda bertanggungjawab menyemak setiap angka sebelum menghantar borang kepada LHDN. Untuk keadaan yang rumit, rujuk ejen cukai berlesen atau LHDN.
Jawapan AI. Jawapan Tanya AI dan hasil AI baca resit boleh tersilap. Semak semula sebelum bergantung kepadanya.
Langganan. Cukai AI Pro ialah langganan yang diperbaharui secara automatik melalui Google Play atau App Store pada harga yang dipaparkan sehingga dibatalkan. Batal bila-bila masa dalam tetapan langganan store anda, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh semasa tamat. Pengguna iOS juga tertakluk kepada Perjanjian Lesen Pengguna Akhir standard Apple (https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/dev/stdeula/).
Penggunaan yang dilarang. Jangan guna app untuk memalsukan resit atau dokumen cukai.
Hubungi kami. cukaiai@boostmarketing.my