Dasar Privasi Cukai AI

Kemas kini 2 November 2026

Cukai AI ialah app bebas untuk membantu pembayar cukai individu di Malaysia membuat anggaran cukai, menyusun claim dan menyimpan resit. Cukai AI bukan app rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Dasar ini menerangkan data apa yang kami kumpul, kenapa, dan cara anda memadamnya.

Data yang kekal dalam telefon anda

Gaji, bonus, PCB, profil claim (contohnya status perkahwinan dan bilangan anak), jumlah claim dan gambar resit anda disimpan dalam telefon anda. Data ini tidak dihantar ke server kami melainkan anda sendiri menghidupkan backup cloud atau menggunakan ciri AI baca resit seperti yang diterangkan di bawah.

Nama, No. MyKad, nombor cukai (TIN), emel dan gambar kod QR yang anda simpan dalam Kad e-Invois juga kekal dalam telefon anda sahaja. Maklumat ini tidak dihantar ke server kami dan tidak masuk backup cloud.

Data yang dihantar ke server kami

Akaun. Jika anda mendaftar, kami simpan nama dan alamat emel anda. Jika anda log masuk dengan Google, kami terima nama dan emel akaun Google anda. Kata laluan disimpan dalam bentuk hash dan tidak boleh dibaca oleh sesiapa.

Backup cloud (pilihan, untuk pelanggan Pro). Bila anda hidupkan backup, gambar resit berserta nama kedai, tarikh, jumlah dan kategori claim disimpan di server kami supaya anda boleh pulihkan resit di telefon lain. Anda boleh matikan backup bila-bila masa dalam Tetapan.

Tanya AI. Soalan yang anda taip dihantar ke server kami dan diproses oleh model AI pihak ketiga dari Anthropic, melalui perantara API OpenRouter, untuk menjana jawapan. Jangan masukkan nombor kad pengenalan, nombor cukai atau kata laluan dalam soalan.

AI baca resit (pilihan, untuk pelanggan Pro). Gambar resit yang anda pilih untuk dibaca oleh AI dihantar ke server kami dan diproses oleh model AI Anthropic, melalui OpenRouter, untuk mengenal pasti nama kedai, tarikh dan jumlah. Kami minta izin anda sebelum gambar pertama dihantar.

Data penggunaan. Kami rekod statistik penggunaan tanpa kandungan peribadi, contohnya bilangan resit disimpan dan bilangan soalan AI, untuk menambah baik app.

Pembelian. Langganan diproses oleh Google Play atau Apple App Store. Kami tidak menerima maklumat kad atau akaun bank anda.

Pihak ketiga

OpenRouter menghantar teks soalan dan gambar resit kepada model AI Anthropic hanya untuk menjana jawapan kepada anda. Permintaan kami ditetapkan supaya hanya dihantar kepada penyedia yang tidak menggunakan data tersebut untuk melatih model. Google dan Apple memproses log masuk dan pembayaran di bawah dasar privasi mereka sendiri. Kami tidak menjual data anda dan tidak berkongsi data anda untuk pengiklanan.

Tempoh simpanan

Log soalan AI di server dipadam secara automatik dalam tempoh 30 hari. Gambar yang dihantar untuk AI baca resit tidak disimpan selepas dibaca, kecuali anda menghidupkan backup. Data akaun dan backup kekal sehingga anda memadam akaun.

Cara memadam data anda

Padam resit satu demi satu dalam tab Resit. Untuk memadam akaun dan semua data cloud, pilih Tetapan, kemudian Padam akaun dan data cloud. Menyahpasang app membuang semua data dalam telefon. Anda juga boleh emel kami untuk pemadaman.

Keselamatan

Semua sambungan antara app dan server kami disulitkan dengan HTTPS. Akses ke server dihadkan kepada pentadbir Cukai AI sahaja.

Kanak-kanak

Cukai AI ditujukan kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas.

Hubungi kami

Sebarang soalan tentang privasi, emel cukaiai@boostmarketing.my.